PUTRAJAYA: Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.
"Mereka juga diminta supaya sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya," katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 880724444 atau +98 21 88078606, juga menerusi e-mel [email protected] atau [email protected].
Media melaporkan letupan kedengaran di beberapa bandar di Iran awal Jumaat di tengah-tengah dakwaan serangan dilakukan Israel ke atas Iran.
Letupan dilaporkan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Ketegangan antara Iran dan Israel meningkat selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya.
Israel berkata akan ia bertindak balas secara ketenteraan kepada serangan Iran hujung minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa. - BERNAMA
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.